Tuesday, June 29, 2010

pengharapan yang tiada penghujung

benar apa yang dikata.. penantian itu satu penyeksaan.. apatah lagi penantian yg membabi buta.. kerana sayang aku bertahan.. kerana sayang aku menunggu.. kerana sayang aku mengharap..

menyintai dalam diam.. mengharap dia mempunyai perasaan yang sama.. mengharapa suatu masa kita akan bersama.. melangkah menuju satu destinasi bahagia.. tinggi bukan pengharapan ini.. sedangkan si empunya diri.. masih tidak menyedari yang di sini.. menuggu. mengintai.. serta mencintai dalam diam.. 

andai aku punya kekuatan utk berkata.. 'aku terlalu cintakan kau.. terlalu dalam'.. hanya dalam angan-angan mungkin mampu.. perasaan malu masih menebal.. antara malu dan keiinginan.. aku mahu tapi aku malu.. prsahabatan yang lama terjalin.. mengubah perasaan sayang sorang sahabat kepada cinta seorang kekasih.. tapi.. kasih seorang sahabat mendorong aku berdiam.. bimbang... risau dan resah andai luahan hati yang suci merubah sebuah persahabatan menjadi dua insan yang berpura-pura tidak saling mengenali.. perit bukan perasaan itu.. apa pilihan yang aku ada? menanti dan terus menanti? mengharap dan terus mengharap.