Thursday, July 1, 2010

:pengalaman itu sangat indah:

rimas.. setiap kali topik jodoh dibicarakan.. aku hanya manusia biasa.. aku ingin di sayangi dan menyayangi.. bukan xingin bercinta.. tp entah kenapa aku tetap setia memilih single..

mungkin kenangan lama mengajar aku erti sebuah kehidupan.. kerana cinta.. aku hilang sahabat.. mungkin benar.. aku yang salah.. berjanji setia utk terus membujang bersama.. tp sayang aku mungkiri.. dan aku merasa pedih kehilangan seorang insan yang amat aku sayangi.. andai ditakdirkan aku bisa memilih kembali.. yakin.. pasti.. aku ingin memilihnya utk terus kekal menjadi sahabat.. kerana dengannya.. aku tdk rasa sedih tanpa kekasih.. andaii...

dan kerana itu juga aku setia begini.. menebus kembali? wlpn ku tahu dia xkan kembali.. tp kerana shbt juga aku begini.. ye.. kerana dia yg kugelar shbt.. aku masih setia mengharap.. tidak sanggup ku hadapi andai kenangan itu berulang kembali... walaupun dia xmungkin kembali.. aku tidak kehilangan lagi.. bukan senang mencari ganti.. walau hanya sekadar bergelar seorang sahabat.. aku tidak pasti.. smpai bila harus ku bertahan.. tapi aku berjanji.. akan setia bersamanya.. andai dia bukan milikku.. hanya keredhaan yang mampu ku titipkan.. hanya doa yang mampu ku utuskan.. semoga kau bahagia..

Tuesday, June 29, 2010

pengharapan yang tiada penghujung

benar apa yang dikata.. penantian itu satu penyeksaan.. apatah lagi penantian yg membabi buta.. kerana sayang aku bertahan.. kerana sayang aku menunggu.. kerana sayang aku mengharap..

menyintai dalam diam.. mengharap dia mempunyai perasaan yang sama.. mengharapa suatu masa kita akan bersama.. melangkah menuju satu destinasi bahagia.. tinggi bukan pengharapan ini.. sedangkan si empunya diri.. masih tidak menyedari yang di sini.. menuggu. mengintai.. serta mencintai dalam diam.. 

andai aku punya kekuatan utk berkata.. 'aku terlalu cintakan kau.. terlalu dalam'.. hanya dalam angan-angan mungkin mampu.. perasaan malu masih menebal.. antara malu dan keiinginan.. aku mahu tapi aku malu.. prsahabatan yang lama terjalin.. mengubah perasaan sayang sorang sahabat kepada cinta seorang kekasih.. tapi.. kasih seorang sahabat mendorong aku berdiam.. bimbang... risau dan resah andai luahan hati yang suci merubah sebuah persahabatan menjadi dua insan yang berpura-pura tidak saling mengenali.. perit bukan perasaan itu.. apa pilihan yang aku ada? menanti dan terus menanti? mengharap dan terus mengharap.